HALAMAN SANTAI

Jumaat, 25 Disember 2015

'Jika takut tuhan, tak perlu lagi saya dalam kabinet'

Kow Gah Chie




Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low berkata jika kerajaan takutkan tuhan, tiada keperluan lagi untuk beliau berada dalam kabinet.

“Jika kita ada rasa takut pada tuhan, sebenarnya tiada keperluan lagi untuk saya berada dalam kerajaan.

“Jika tika ada perasaan takut ini, kita akan ambil berat hal keadilan, urus tadbir yang baik, persekitaran dan keadilan.

“Kita tidak akan salah guna kuasa yang diamanahkan kepada kita sebagai pemimpin.

“Saya cakap perkara ini kepada rakan-rakan dalam kabinet dan mana-mana pemimpin dalam kerajaan,” katanya.

Low berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam majlis anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) hari ini.

Low seorang aktivis antirasuah yang dilantik sebagai senator dan menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal integriti negara.

Tiada ulasan: