HALAMAN SANTAI

Jumaat, 25 Disember 2015

Kelemahan mekanisme pembayaran kementerian diteliti

MALAYSIAKINI


 


Kementerian Pendidikan akan mencari mekanisme terbaik bagi menyelesaikan tunggakan pembayaran kepada syarikat kontraktor bawahnya pada masa akan datang.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pihaknya terlebih dahulu mahu berbincang dengan pelbagai pihak berkaitan bagi mencari titik kelemahan sistem pembayaran sedia ada, lapor Bernama.

Jelasnya, sistem pembayaran sedia ada tidak dibuat secara berpusat tetapi dibuat oleh Jabatan Pelajaran Negeri yang diturunkan kuasa kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

"Jadi saya (kena) tengok baliklah, keseluruhan PPD 137 sekarang dan akan tengok bagaimana kaedah pembayaran dan macam mana mereka salurkan kepada kontraktor," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita.

Beliau sebelum itu merasmikan Program Jelajah Kasih Siswa Universiti Utara Malaysia di Pedu, Jumaat.

Tiga pecahan utama kontraktor sekarang ialah kontraktor dewan makan asrama, kawalan keselamatan tanpa senjata, dan kontraktor kebersihan sekolah.

Mahdzir mengulas rungutan syarikat-syarikat kontraktor yang masih belum menerima pembayaran selama berbulan-bulan walaupun kerja telah dilaksanakan.


Tiada ulasan: