KUALA LUMPUR - Kerajaan terpaksa meluluskan kenaikan tambang oleh Express Rail Link (ERL) susulan penangguhan yang telah dibuat selama 14 tahun, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi.
Beliau berkata, kos operasi ERL meningkat dua kali ganda punca kenapa pihak terbabit menaikkan tambang sebanyak RM20 daripada harga asal.
"Pada dasarnya kementerian telah bersetuju beri kebenaran selepas 14 tahun permohonan mereka tidak diluluskan kerajaan.
"Selama 14 tahun harga tiket itu harga lama dan kos operasi meningkat," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Tambang naik lagi, Syed Hamid Albar patut undur]
Mulai 1 Januari 2016 penumpang ERL perlu membayar sebanyak RM55 bagi perjalanan sehala antara KL Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Kenyataan itu menyebut semakan tambang terkini tersebut telah diluluskan kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berdasarkan Seksyen 120 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
Kenaikan itu dianggap terlalu tinggi, disamping kos sara hidup yang semakin membebankan.
Menurut Aziz, selama 14 tahun kerajaan sudah mempertahankan daripada kenaikan itu berlakukan bagaimanapun kini, mereka terpaksa meluluskannya.
"ERL sudah tidak naik tambang selama 14 tahun, maka mereka tanggung kerugian, ini rasionalisasi yang dilakuan oleh ERL.
"Bagaimanapun, ada pakej yang disediakan untuk penumpang bagi mendapatkan harga yang lebih murah sehingga diskaun 40 peratus," katanya.
Bagaimanapun, Aziz berkata, pihak sedia bertemu dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) untuk berbincang mengenai kenaikan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan