Melalui pendekatan itu, warga kota bebas bertemu dengannya dan segala permasalahan dapat diselesaikan segera
PETALING JAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mahu dianggap sebagai ketua kampung, bukannya seorang menteri.
Katanya, melalui pendekatan itu, warga kota bebas bertemu dengannya dan segala permasalahan dapat diselesaikan segera.
“Kalau ada masalah beritahu kepada saya sebagai ketua kampung, datang jumpa saya. Boleh jumpa ketua kampung dan kita akan selesaikan masalah.
“Buat kerja beritahu saya juga supaya dia saya arahkan untuk laksanakan kerja dia dengan penuh amanah,” katanya yang dipetik daripada portal BNBBC.
Katanya lagi, beliau sentiasa bersifat terbuka dan berusaha untuk memperbaiki diri.
“Betul, ada kesilapan yang kami (kerajaan) buat kerana tidak ada kerajaan yang sempurna, saya juga tak sempurna saya bukan maksum. Yang penting kalau silap beritahu, saya akan ubah,” katanya.
Tengku Adnan berkata demikian di dalam ucapannya pada Majlis Perasmian Surau dan Pusat Penjaja, PPR Kg. Muhibbah, Jalan Puchong di Kuala Lumpur pada Sabtu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan