shahbudindotcom
Berucap
di majlis perhimpunan sokongan terhadapnya di Pagoh semalam, Muhyiddin
Yassin secara jelas menunjukkan beliau masih tidak berbeza, jauh sekali
untuk mengendur daripada apa yang sudah dimulakannya sebelum ini yang
menyebabkannya dipecat daripada kerajaan pada Julai lalu.
Sambil
gembira dengan sokongan rakyat Pagoh, termasuk parti-parti komponen BN
terhadapnya, beliau berkata, tindakannya bersuara mengenai 1MDB dan
derma RM2,600 juta melibatkan Najib Razak ialah kerana tidak mahu
menanggung dosa jika hanya berdiam diri berkaitan perkara itu.
Beliau
seterusnya menyatakan kesediaannya untuk dipecat daripada UMNO
berikutan sikap berterusannya membangkitkan dua isu yang menjadi
perhatian rakyat itu.
Muhyiddin
juga mempersoalkan tindakan MT UMNO yang tidak membenarkannya
merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO
tahun ini dengan mengatakan apakah seorang individu sepertinya begitu
ditakuti oleh Najib?
"Najib kata beliau ada sokongan tiga juta ahli UMNO, tetapi di Pagoh, anda sokong beliau?" soalnya kepada hadirin.
Timbalan
Presiden UMNO itu juga menerima sorakan gemuruh apabila beliau
menanyakan sama ada mereka masih sanggup menerimanya sebagai wakil
rakyat Bebas kiranya dipecat nanti.
Selain
menggambarkan mahu terus bersikap kritikal dan lantang, Muhyiddin
sebenarnya turut sedar bahawa tindakan pemecatan makin dekat
menghampirinya, namun kesediaan warga Pagoh menerimanya sebagai wakil
rakyat Bebas selepas apa-apa terjadi kepadanya barangkali memberi
suntikan semangat buat dirinya.
Tidak
dinafikan, ucapan Muhyiddin di Pagoh semalam mulai menggembirakan ramai
orang yang amat mengharapkan agar beliau terus konsisten, lantang dan
agresif dalam perjuangannya menegakkan kebenaran berikutan beliau
dilihat agak perlahan dan banyak berdiam diri kebelakangan ini.
Tambahan
lagi, ketika ini semakin ramai Ketua-Ketua UMNO cawangan seluruh negara
sudah pun berani bangkit secara terbuka menolak kepimpinan Najib yang
dianggap tidak mungkin mampu membawa kejayaan berikutan terlalu sarat
dengan isu yang menghakis keyakinan rakyat membelenggui dirinya.
Tentu
saja ramai yang kecewa jika kebangkitan suara akar umbi yang mula
membuak itu tidak disambut dengan sewajarnya oleh Muhyiddin yang menjadi
harapan mereka untuk agenda perubahan dan kejayaan buat UMNO.
Selain
itu, Muhyiddin juga dilihat tidak ada pilihan lain selain terus melawan
berikutan Najib dipercayai akan terus mengenepikannya daripada
berperanan sebagai pemimpin nombor dua yang dipilih secara sah melalui
undi perwakilan.
Berdiam diri dan tidak melawan hanya akan menjadikan dirinya lenyap begitu saja.
Setelah
dikekang daripada merasmikan perhimpunan sayap-sayap, kini menjadi
perbualan ramai pula bahawa Muhyiddin sedang dicari sebab untuk dihalang
daripada berucap di acara penutup Perhimpunan Agung UMNO.
Kebimbangan
Najib ialah sudah tentu ucapan Muhyiddin itu nanti berupa kritikan
terhadapnya, khususnya berkaitan 1MDB dan derma ke akaun peribadi yang
sukar untuk dijawabnya dengan jujur dan seikhlas hati.
Tidak
dinafikan ucapan Muhyiddin semalam akan terus membangkitkan rasa tidak
senang Najib terhadapnya dan sekaligus juga mungkin merupakan peluang
kepada para pengampu dan pembodeknya untuk menambah lagi garam kepada
luka dalam hati dan perasaan beliau itu.
Akhirnya, Najib tidak ada pilihan selain bertindak terhadap Muhyiddin yang dianggap menyusahkan dan beban kepadanya.
Sehari
sebelum majlis perasmian pada 10 Disember nanti, biasanya akan diadakan
mesyuarat MT UMNO dan disitulah dipercayai Muhyiddin akan diambil
tindakan sama ada pecat atau gantung keahlian yang sekaligus
menghalangnya daripada berucap di majlis penutup atas kapasiti Timbalan
Presiden.
Tetapi,
percayalah pemecatan itu adalah lebih baik untuk Muhyiddin kerana ia
bukan saja akan menyebabkan lebih ramai Ketua-Ketua cawangan dan ahli
akar umbi bangkit menolak Najib, bahkan juga menjadikan sokongan dan
simpati rakyat melimpah ruah kepadanya.
Dengan
lebih ramai yang berani bangkit, perubahan lebih mungkin menjadi
kenyataan dan menjadikan kedudukan Najib semakin tidak selamat.
1 ulasan:
Hello, Saya Puan Heather Putih, syarikat pinjaman pinjaman peribadi. Kami sedang dan pakar dalam memberikan yang akhir pinjaman tahun ini, pinjaman Krismas, tahun pinjaman baru untuk anda untuk membayar apa-apa pinjaman koperasi yang anda sedang berada di sekarang kita memberikan pinjaman peluang seumur hidup untuk anda untuk membayar bil-bil anda dan hutang peribadi dan memiliki perniagaan anda. pinjaman diberi kepada individu dan syarikat pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel: (qualityloanfirms@asia.com)
(heatherwhiteloanltd@gmail.com). Datang dan perbezaan pengalaman dalam perkhidmatan kami.
Catat Ulasan