HALAMAN SANTAI

Isnin, 21 Disember 2015

Mykmu: Berapa bilion wang Proton masuk ke Dr M?

MALAYSIAKINI


 


Sepanjang tempoh 22 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad menerajui negara, pelbagai dakwaan dilemparkan terhadapnya termasuk penyalahgunaan kuasa dan amalan rasuah.

Dan ketika beliau membidas pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, penyokong perdana menteri mengungkitkan tentang syarikat Proton, idea bermasalah Mahathir yang mula beroperasi pada tahun 1983.

Menerusi sepucuk surat diterbitkan di Mykmu.net mempersoalkan keuntungan yang dikumpulkan oleh anak saudara dan kerabat Mahathir daripada Proton.

Penulisnya, Amin Yatim, menyatakan bagaimana Mahathir memberi gambaran bahawa anak tiri Najib, Riza Aziz memperoleh dana daripada 1MDB.

Riza mendapat tumpuan selepas didedahkan bahawa beliau membeli sebuah 'penthouse’ di New York bernilai RM110 juta dan menerbitkan filem Hollywood 'Wolf of Wall Street'.

Menurut penulis, laporan menunjukkan Proton mencatatkan jualan berjumlah RM200 bilion sejak kumpulan pertama model kereta itu dilancarkan.

“Apakah ada kepentingan tertentu Tun (Dr Mahathir) dalam penjualan bernilai RM 200 bilion itu?

“Tun begitu melindungi Proton sehingga sanggup menjatuhkan perdana menteri demi Proton.

"Tun menyatakan Proton ialah satu kepentingan strategik nasional yang perlu dipertahankan.

“Hakikatnya ratusan negara tidak menjadi pengeluar kereta dan kepentingan strategik mereka tidak pernah terancam.

“Justeru ramai yang tertanya-tanya apakah Tun mempunyai kepentingan peribadi dalam hal proton ini seperti mana isu IPP? soal Amin.

Katanya, seorang Naib Presiden PERKASA, semalam, menghantar mesej kepada ramai orang bahawa Proton banyak membantu vendors Melayu dalam industri automotif.

Untung besar

Menurut penulis, walaupun beliau tidak menafikan perkara itu yang menjadi sumbangan terpenting Proton, namun beliau bagaimanapun mempersoalkan siapa di kalangan vendor Melayu yang meraih keuntungan yang besar itu.

“Bukankah Yasmin Jurumuda Sdn Bhd merupakan vendors terbesar Proton dengan menjadi pembekal tunggal “anti-rust” atau “rust proofing” kepada semua kereta Proton?

Amin seterusnya meminta Mahathir mendedahkan berapa bilion pendapatan syarikat itu.

“Berapa bilion pendapatan Yasmin Jurumuda hasil dari menjadi pembekal tunggal rust proofing kepada Proton ini? Inikah yang Tun cuba lindungi dengan melindungi Proton? soalnya.

Beliau berkata suratnya bukan bertujuan merosakkan imej Mahathir, mahupun perniagaan bumiputera tetapi bekas perdana menteri itu sekarang sudah keterlaluan dalam usaha untuk menjatuhkan Najib, sehingga mereka-reka cerita mengenai 1MDB tanpa segan silu.

“Jika Tun sanggup fitnah anak tiri perdana menteri, mungkin Tun juga perlu menjawab persoalan mengenai pembabitan suku-sakat Tun dengan Proton selama 30 tahun ini.

“Berapa bilion dikaut oleh Yasmin Group dari Proton sehinga hari ini? Apakah ini yang Tun cuba lindungi?” soalnya lagi.

Malaysiakini telah menghubungi pembantu Mahathir mengenai surat itu dan sedang menunggu jawapannya.


1 ulasan:

Unknown berkata...

kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI REHAN,,di no ((( 0853 7778 4848 )))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
juta, wassalam.


dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....




Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


1"Dikejar-kejar hutang

2"Selaluh kalah dalam bermain togel

3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..


Solusi yang tepat jangan anda putus asah.... AKI REHAN akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI REHAN: ((( 0853 7778 4848 )))
angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/


angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/


angka GHOIB; malaysia


angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/


angka GHOIB; laos