HALAMAN SANTAI

Jumaat, 4 Disember 2015

Najib: Perbalahan dan fitnah halang negara capai Wawasan 2020

 
Najib menyeru supaya sesetengah pihak yang terus melakukan kerja yang tidak berfaedah itu segera berhenti dan bersama beliau bagi membolehkan impian untuk melihat Malaysia sebagai negara maju tercapai.


najib-razak,sokongan.


PETALING JAYA: Rakyat Malaysia digesa agar berhenti berbalah, menyebar dan terus mempercayai fitnah sekaligus menyekat negara daripada mencapai wawasan 2020.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyeru supaya sesetengah pihak yang terus melakukan kerja yang tidak berfaedah itu segera berhenti dan bersama beliau bagi membolehkan impian untuk melihat Malaysia sebagai negara maju tercapai.

“Hentikan perbahalan, menyebar dan mempecayai fitnah, hentikan dari melakukan kerja-kerja yang tidak bermanfaat. Marilah kita bersama-sama dalam satu ikatan yang padu demi menjayakan visi negara kita,” katanya dalam blognya, www.najibrazak.com.

Najib juga menyatakan bahawa beliau memfokus untuk memberikan sepenuh tumpuan dan tenaga serta usahanya bagi membawa Malaysia ke arah matlamat 2020.

Beliau percaya, destinasi ini (Wawasan 2020) akan menjamin kehidupan yang lebih baik buat semua.

“Setiap saya hari sebagai Perdana Menteri, memberikan tumpuan sepenuh tenaga dan usaha bagi membawa Malaysia ke arah matlamat ini. Destinasi ini menjanjikan kehidupan yang lebih baik untuk semua.

“Janganlah kita melayani perkara-perkara yang boleh mengalih perhatian kita daripada berusaha ke arah mengisi visi tersebut,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, menerusi rakaman suara Najib tidak memperincikan apakah perkara-perkara yang boleh mengalih perhatian rakyat Malaysia itu.

Tiada ulasan: