HALAMAN SANTAI

Selasa, 22 Disember 2015

PAS di Sarawak makin kukuh, PKR yang patut waspada - Jofri

Oleh Shuhaniza Said

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS Sarawak menafikan parti itu kurang mendapat sambutan di negeri berkenaan seperti yang disebut Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, malah menyifatkan kenyataan pemimpin itu sebagai tidak demokratik. 
   
Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Sarawak, Jofri Jaraiee berkata, pada masa ini PKR yang patut mengambil langkah berwaspada terhadap DAP yang juga rakannya dalam Pakatan Harapan, yang sentiasa licik dalam mengatur strategi termasuk pernah 'mencuri' beberapa bekas calon parti itu dalam pilihan raya sebelum ini.
 
"Kenyataan tidak demokratik dan tidak cermat ini sewajarnya tidak dikeluarkan, malah tidak menggambarkan realiti sambutan PAS Sarawak yang semakin mengukuh di Sarawak.
 
"Sebaliknya, PAS ingin menasihatkan PKR supaya lebih berwaspada dengan tindakan licik rakannya dalam Pakatan Harapan iaitu DAP yang baru-baru ini telah 'mencuri' beberapa bekas calon PKR dalam pilihan raya lepas dan mengisytiharkan mereka menyertai DAP.
 
"Bahkan DAP juga bercita-cita tinggi untuk merampas banyak kerusi yang ditandingi oleh PKR sebelum ini dengan mengisythiharkan untuk bertanding sekurang-kurangnya 30 kerusi daripada 15 kerusi yang ditandingi DAP sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Kenyataan tersebut adalah maklum balas kepada kenyataan Wan Azizah semalam bahawa PAS tiada pengaruh di Sabah dan Sarawak.
 
Wan Azizah di sidang media selepas Mesyuarat Pimpinan Pakatan Harapan, di Ibu Pejabat PKR semalam berkata pengaruh PAS pada pandangan gabungan pembangkang tidak sekuat seperti di Semenanjung Malaysia.
 
Ketua Pembangkang itu berkata demikian ketika ditanya sama ada partinya akan bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (PAN) dan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, tahun depan.
 
Mengulas lanjut, Jofri berkata, keadaan 'kurang sambutan' itu mungkin disebabkan PAS Sarawak kurang mengeluarkan isu yang kontroversi, dan bukan bermaksud ianya tidak mendapat tempat di hati rakyat negeri berkenaan.
 
"PAS Sarawak lebih memberi tumpuan terhadap isu yang membabitkan masalah rakyat serta melakukan aktiviti kebajikan bersama rakyat," ujarnya sambil menambah parti itu melaksanakan strategi bersepadu untuk menarik orang Islam dan bukan Islam di seluruh negara termasuk di Sarawak.
 
Walaupun belum berjaya mendapat sebarang kerusi dalam Pilihan Raya Sarawak yang lepas, Jofri berkata, ia bukan bermakna tiada sambutan terhadap parti itu.
 
"Rakyat masih memerlukan PAS untuk menyuarakan masalah mereka kepada pihak pemerintah.
 
"PAS Sarawak akan terus istiqamah hingga kemenangan dan terus membela nasib rakyat yang tertindas tanpa mengira bangsa dan agama," katanya.
 
Dalam pada itu, Jofri memaklumkan PAS Sarawak akan bertanding sekurang-kurangnya 11 kerusi DUN pada PRN yang akan datang termasuk beberapa kerusi bandar yang biasa ditandingi DAP. 
 
"Perbincangan kerusi ini tidak tertakluk kepada perbincangan dengan Pakatan Harapan kerana PAS bukan sebahagian gabungan tersebut. 
 
"Apapun, PAS Sarawak sedia berunding dengan PKR sebagaimana keputusan PAS Pusat yang masih mengekalkan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan PKR," katanya.
 
 

1 ulasan:

Unknown berkata...

kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI REHAN,,di no ((( 0853 7778 4848 )))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
juta, wassalam.


dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....




Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


1"Dikejar-kejar hutang

2"Selaluh kalah dalam bermain togel

3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..


Solusi yang tepat jangan anda putus asah.... AKI REHAN akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI REHAN: ((( 0853 7778 4848 )))
angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/


angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/


angka GHOIB; malaysia


angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/


angka GHOIB; laos