HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 Disember 2015

Pasukan siber UMNO/BN perlu bernas, berilmiah

 
Pasukan yang diwujudkan oleh UMNO dan BN perlu berhujah dengan fikiran yang bernas dan dibekalkan fakta yang beruilmiah 


cyber


PETALING JAYA: Pasukan Gelombang Biru baharu yang akan menangani serangan siber terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu dibarisi oleh `wira papan kekunci’.

Penulis blog, Awang Zabidi berkata, mereka yang membarisi pasukan itu perlu berhujah dengan fikiran yang bernas dan dibekalkan fakta yang berilmiah apabila menjelaskan tentang fitnah dan tohmahan yang dilempar oleh pembangkang.

“Biarlah pembangkang bermain dengan isu-isu sensasi serta fitnah untuk mendapatkan undi dari rakyat. 
Jika Pasukan Gelombang Biru pun menggunakan taktik yang sama, maka kredibiliti pasukan ini akan dipersoalkan umum dan akhirnya boleh menyebabkan senjata makan tuan.

“Tunjukkan dan buktikan kepada dunia bahawa para blogger serta wira papan kekunci UMNO terdiri daripada mereka yang cerdik pandai dan kaya dengan pelbagai idea apabila menangani dakyah-dakyah pembangkang,” katanya menerusi entri terbaru di blog catatanzabidi.blogspot.my.

Menurut Zabidi lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menjelaskan bahawa perang persepsi yang terhasil daripada perang siber merupakan cabaran terbesar kepada UMNO ketika ini.

Apatah lagi katanya, jika sesuatu isu itu dieksploitasi dan sengaja disensasikan.

Jelas Awang Zabidi, UMNO perlu mewujudkan pasukan media sosial sendiri yang bertindak sepenuh masa dan benar-benar komited agar usaha itu nanti berjaya dilaksanakan.

1 ulasan:

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.