HALAMAN SANTAI

Khamis, 3 Disember 2015

Persempadanan semula demi talian hayat BN?


Nurul Izzah
Nurul Izzah
 
 
SHAH ALAM - Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengubah daerah mengundi dari satu kawasan Parlimen ke satu Parlimen lain bercanggah dengan Seksyen 7, Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19).

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendakwa SPR hanya berminat melakukan kerja-kerja itu bagi memastikan kemenangan BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada awal 2016.

"Apa yang dilakukan oleh SPR pada ketika ini dikenali sebagai Gerrymandering, di mana SPR melakar sempadan daerah undi supaya peluang kerajaan untuk memenangi kuasa tanpa perlu memenangi undi popular.

"Ia digunakan SPR untuk memberikan talian hayat kepada BN. Setiap kali diadakan persempadanan semula ia memberi kelebihan kepada BN," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN:‎ Persempadanan: Syor tambah 11 bahagian]

SPR mula mempamerkan syor jumlah Bahagian-Bahagian PRN bagi Sarawak yang ditambah itu pada 5 Januari hingga 4 Februari lalu di beberapa tempat di negeri itu.

Berikutan persempadanan semula itu, Dun Sarawak yang kini hanya 71 kerusi akan bertambah menjadi 82.
Sebelas bahagian baharu PRN yang disyorkan itu ialah N.13 Batu Kitang, N.17 Stakan, N.18 Serembu, N.23 Triboh, N.26 Gedong, N.40 Kabong, N.57 Telian, N.63 Selirik, N.66 Murum, N.70 Samalaju dan N.78 Long Lama.

Nurul Izzah juga berkata, kerajaan perlu menerapkan segera agenda pemulihan demokrasi iaitu dengan memulihkan sistem pilihan raya negara ini.

"SPR tidak boleh terus-menerus menutup sebelah mata dengan laporan demi laporan yang mengatakan sistem pilihanraya di Malaysia amat pincang sekali.

"Sebuah reformasi pilihan raya tulen perlu dijalankan, bermula dengan rombakan semula SPR," ujarnya.
Katanya lagi, SPR perlu berunding dan berdialog dengan semua pihak sebelum persempadanan semula dilakukan.

"SPR perlu melalui proses konsultasi dari pihak-pihak yang berkepentingan termasuk NGO-NGO, serta rakyat Malaysia yang berminat sebelum membuat keputusan mengenai persempadanan semula yang bakal dilakukan.

"Proses konsultasi ini boleh menjadi langkah pertama bagi memulihkan kembali imej SPR yang telah pun tercalar selama ini," katanya lagi

Tiada ulasan: