HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 Disember 2015

PM: Berita tak sahih bawa fitnah dahsyat

MALAYSIAKINI


 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati menyebarkan sesebuah berita.

“Baru-baru ini saya lihat ramai menyebarkan berita mengenai kejadian letupan bom di Petaling Jaya, yang kini kita semua tahu bukanlah apa yang sebenarnya berlaku.

“Perkara seperti ini boleh dijadikan iktibar kepada semua untuk lebih berhati-hati dalam menyebarkan sebarang berita, terutamanya yang diterima melalui media sosial dan aplikasi mesej,” katanya.

Beliau memetik sepotong ayat al-Quran yang menyebut berita yang datang daripada seorang yang fasik hendaklah diselidik kebenarannya terlebih dahulu.

“Dari segi hubungan sesama kita rakyat Malaysia, berita tidak sahih yang disebarkan akan membawa kepada fitnah, dan sesungguhnya fitnah itu amat dahsyat, membawa kepada perpecahan serta mengganggu-gugat keharmonian yang telah kita bina bertahun lamanya,” katanya.


1 ulasan:

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.