HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 Disember 2015

Polis buru 2 suspek tembak ADUN Alor Limbat

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu sedang mengesan dua suspek bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Alias Abdullah, dua bulan lalu.
 
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman, berkata pihaknya sudah mengenal pasti suspek yang juga orang tempatan.
 
Beliau berkata, pihaknya percaya penahanan dua suspek itu dapat membantu polis menyelesaikan kes itu.  
"Kita sedang berusaha mencari dua suspek ini dan memerlukan sedikit masa lagi. Malah, kita juga sudah mendapat petunjuk terhadap dua suspek ini," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.    
 
Dalam kejadian pada 9 Oktober lalu, Alias maut akibat ditembak dua lelaki bermotosikal di rumahnya di Kampung Alor Limbat, Bukit Payong, Marang.    
 
Mangsa yang juga seorang peguam dipercayai ditembak dari jarak dekat kira-kira jam 2 petang ketika berehat di bahagian luar dapur di belakang rumahnya sebelum didatangi dua lelaki dengan seorang daripadanya melepaskan tembakan ke arah mangsa.    
 
Rosli berkata, pihaknya menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi memastikan suspek utama dalam kes tembakan itu ditahan.  
 
 "Sebelum ini seramai 10 suspek yang ditahan reman bagi membantu siasatan dilepaskan kerana tiada bukti kukuh. Justeru, dua suspek yang kita buru ini dapat membantu menyelesaikan kes ini," katanya.    
 
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya juga masih mengenal pasti suspek warga Myanmar yang dipercayai membunuh rakan sekerjanya sebelum dibuang ke lubang tangki najis sebuah rumah yang dalam pembinaan di Kampung Pelandang, Pulau Serai, Dungun, baru-baru ini.  
 
 "Kita sudah mengedar gambar suspek kepada unit di semua pintu masuk sempadan, tetapi sehingga kini masih belum berjaya dikesan," katanya.
 
 

1 ulasan:

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.