KUALA LUMPUR: Selangor dan Kedah tidak berhasrat mengikut langkah Johor
mengharamkan penggunaan semua produk vape di negeri itu berkuat kuasa 1
Januari tahun depan.
Di Selangor, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan
Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru negeri, Ean Yong Hian Wah
berkata, larangan tersebut tidak akan dikeluarkan buat masa ini
memandangkan masih belum wujud sebarang undang-undang khusus yang
menyekat penjualan produk berkenaan di negeri ini.
Menurutnya, kuasa kerajaan negeri hanya terbatas kepada soal pelesenan
menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) manakala larangan terhadap
penjualan produk tersebut adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat.
“Setakat ini belum ada undang-undang yang melarang penjualan produk
rokok elektronik dikuatkuasakan termasuklah di negeri ini. Bagi kerajaan
negeri, kita tidak ada kuasa untuk menutup dan melarang penjualan atau
penggunaan produk rokok elektronik.
“Sekiranya undang-undang larangan itu telah ada dan dikuatkuasakan,
maka tiada lesen akan dikeluarkan oleh PBT untuk premis penjualan produk
tersebut,” katanya.
Kelmarin, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan
supaya penggunaan semua produk vape diharamkan di seluruh negeri itu dan
memberi tempoh sebulan kepada pengusaha premis peranti berkenaan untuk
menamatkan operasi tanpa sebarang alasan.
Pendirian sama diambil oleh kerajaan negeri Kedah apabila menyerahkan
kepada pihak Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) dalam urusan membabitkan
vape sama ada dari segi penguatkuasaan atau tindakan lain.
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam,
Tenaga Manusia dan Pelancongan Kedah, Datuk Mohd. Rawi Abd. Hamid
berkata, hasil Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 23
November lalu telah memutuskan hukum menghisap vape dan shisha adalah
haram.
“Hukum menghisap vape telah diputuskan haram oleh Jawatankuasa Fatwa
Negeri Kedah kerana banyak keburukannya dan fatwa ini akan diwartakan
dalam tempoh terdekat.
“Kita serahkan kepada MAIK untuk urusan selanjutnya dan buat masa ini
kita belum mengambil langkah untuk mengharamkan penjualannya di negeri
ini seperti yang sudah dilakukan di Johor,” katanya ketika ditemui di
Wisma Darul Aman.
1 ulasan:
Hello, Saya Puan Heather Putih, syarikat pinjaman pinjaman peribadi. Kami sedang dan pakar dalam memberikan yang akhir pinjaman tahun ini, pinjaman Krismas, tahun pinjaman baru untuk anda untuk membayar apa-apa pinjaman koperasi yang anda sedang berada di sekarang kita memberikan pinjaman peluang seumur hidup untuk anda untuk membayar bil-bil anda dan hutang peribadi dan memiliki perniagaan anda. pinjaman diberi kepada individu dan syarikat pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel: (qualityloanfirms@asia.com)
(heatherwhiteloanltd@gmail.com). Datang dan perbezaan pengalaman dalam perkhidmatan kami.
Catat Ulasan