HALAMAN SANTAI

Jumaat, 4 Disember 2015

‘Tolong jaga juga kami, untuk kami jaga tuan-tuan’

Alyaa Azhar  





Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjanji kepada ketua kampung di seluruh negara bahawa kerajaan akan menjaga mereka jika mereka menjaga kerajaan.

Ikrar itu dibuat selepas melancarkan pasukan Sukarelawan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di PWTC, Kuala Lumpur, petang tadi.

Ini mengingatkan kembali ucapannya semasa pilihan raya kecil Sibu pada tahun 2010 di mana beliau berkata “anda tolong saya, saya tolong anda”.

Dalam ucapannya hari ini, Najib berkata sekuat mana sekalipun ketua-ketua kampung bertempik di dalam dewan, penyudahnya ialah waktu pilihan raya umum.

“Waktu itulah kata putus sama ada kerajaan hari ini dapat mandat untuk menguruskan pentadbiran negara.

“Kalau kita sayang kepada kerajaan, kalau tuan-tuan hendak kita jaga tuan-tuan, tolong jaga juga kami, untuk kami menjaga tuan-tuan,” katanya yang disambut sorakan kuat dan gelak ketawa.

Tiada ulasan: