Tanpa menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad menjaja fiksyen, 1MDB berkata syarikat pelaburan negara itu lebih gemar berurusan dengan fakta.
Firma itu mengulas catatan blog bekas perdana menteri itu yang menuntut bukti bahawa RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukannya berasal daripada dana 1MDB.
Mahathir juga dalam tulisannya itu menyenaraikan beberapa soalan untuk 1MDB dan menuduh firma yang diilhamkan oleh Najib itu terus mengelirukan rakyat.
"Tidak seperti Mahathir, yang bergantung kepada andaian, 1MDB lebih gemar berurusan dengan fakta," kata firma milik negara itu dalam satu kenyataan media.
"Bekas ahli politik yang sudah bersara itu terus mengulangi dakwaan usang yang terbukti tidak berasas berdasarkan kepada andaian dan bukannya bukti seperti yang beliau sendiri akui," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan