HALAMAN SANTAI

Khamis, 3 Disember 2015

Isu RM2.6b: Azalina jawab kenapa Najib tak muncul

Azalina Othman
Datuk Seri Azalina Datuk Othman Said. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Ketidakhadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat bagi  menjelaskan sumbangan dana RM2.6 bilion hari ini adalah kerana beliau telah dinasihatkan tidak berbuat demikian oleh Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said‎ berkata, isu RM2.6 bilion berkaitan dengan siasatan dan tidak boleh dibincangkan.

"Kerajaan dinasihatkan oleh peguam negara bahawa perkara yang berkaitan dengan siasatan tidak boleh dibincangkan. Ini akan menjadi subjudis.

"Oleh itu, kerajaan membuat keputusan untuk menjawabnya dalam satu kenyataan kementerian, untuk memaklumkan kepada Dewan Rakyat berhubung status terkini," katanya di lobi Parlimen, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Zahid tolong Najib jawab isu derma RM2.6 bilion]

Terdahulu, isu ini dijawab oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mewakili Najib.

Katanya, mana-mana pihak tidak perlu menuding jari dalam isu itu kerana tiada peruntukan khas yang menyentuh perkara itu.

Tiada ulasan: