HALAMAN SANTAI

Sabtu, 5 Disember 2015

1MDB tanggungjawab kerajaan bukan Umno, kata Hishammuddin

ANTARAPOS.COM


Post Pic


KUALA LUMPUR: Umno tidak bertanggungjawab terhadap isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun kepimpinan parti itu digesa menjelaskan isu berkenaan pada perhimpunan agungnya minggu depan, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau menegaskan 1MDB adalah tanggungjawab kerajaan, dan ia kini sedang dalam proses menyelesaikan kemelut bersabit hutangnya.
 
"Umno tidak bertanggungjawab untuk menyelesaikan isu 1MDB, kerajaan yang bertanggungjawab. Saya realistik. Isu itu boleh diselesaikan dengan 3 cara.
 
"Pertama, rasionalisasi 1MDB, di mana hutang syarikat itu perlu dihapuskan atau sekurang-kurangnya dikurangkan, tanpa ada pihak perlu membuat 'bail-out'," akbar News Straits Times memetik Hishammuddin dipetik sebagai berkata.
 
Langkah ke-2, menurut Naib Presiden Umno itu melibatkan akauntabiliti dan yang ke-3, ketelusan.
 
"Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sedang menjalankan siasatannya dan Ketua Audit Negara akan membentangkan laporan akhirnya pada 17 Disember.
 
"Saya percaya kepada PAC dan Audit Negara. Saya berharap akan ada penghujungnya kepada masalah ini. Isu ini perlu diselesaikan sebelum pilihan raya umum."
 
 

Tiada ulasan: