HALAMAN SANTAI

Rabu, 2 Disember 2015

Bantahan persempadanan semula oleh pembangkang cubaan untuk memanipulasi - Wan Junaidi

 Oleh Muhammad Asyraf Azlan

 
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Bantahan pembangkang terhadap persempadanan semula bahagian pilihan raya Sarawak disifatkan sebagai cubaan untuk memanipulasi demi kepentingan politik.
 
Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pembangkang hanya mahu mempengaruhi rakyat negeri berkenaan bagi mendapatkan sokongan.
 
"Hanya kalau ada perbahasan di dalam sana mirip kepada politik, itu hanya pandangan politik mereka bagi mempengaruhi kawan-kawan di sebelah dengan harapan dapat sokongan.
 
"Jadi tidak menjadi masalah kepada kita kerana ini sudah kebiasaan di dalam dewan parlimen Malaysia..  jadi kalau dengan itu keluar kiri masuk kanan," kataya ketika ditemui media di lobi parlimen, hari ini.
 
Menurut Wan Junaidi yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, perkara tersebut perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas di mana ianya bertujuan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Sarawak.
 
Justeru katanya, jika semua pihak mahukan yang terbaik buat rakyat, undang-undang persempadanan semula ini perlu disokong.
 
"Jadi dalam konteks politiknya kalau awak mahu ahli-ahli dewan undangan negeri (ADUN) melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka ke luar bandar, kita kena sokong undang-undang ini.
 
"Kawasan seperti di Baram yang sebesar Pahang. Jika di Pahang (memerlukan) berapa puluh orang wakil rakyat negeri dan ahli parlimen, jadi ini baru yang dikatakan tidak adil,"ujarnya.
 
Terdahulu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan usul mengenai laporan kajian persempadanan semula bahagian pilihan raya Sarawak hari ini di Parlimen. 
 
Di dalam kandungan laporan itu adalah, penambahan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) meliputi DUN Batu Kitang, Stakan, Serembu, Bukit Semuja, Gedong, Kabong,Tellian, Bukit Goram, Murum, Samalaju dan Mulu. 
 
Ujar Najib, dengan pertambahan bahagian pilihan raya itu, ia secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap perkhidmatan wakil rakyat kepada penduduk tempatan di Sarawak khususnya penduduk yang berada dalam kawasan bahagian pilihan raya negeri itu.
 
 

Tiada ulasan: