HALAMAN SANTAI

Rabu, 2 Disember 2015

Guna istilah Daesh ganti IS - Nur Jazlan

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed menegur semua pihak supaya tidak lagi menggunakan nama Kumpulan Militan Negara Islam (IS) untuk merujuk kepada kumpulan berkenaan.
 
Ahli Parlimen Pulai itu memaklumkan semua pihak untuk menggunakan istilah Daesh terhadap kumpulan itu.
 
Ujar Nur Jazlan, ini kerana kumpulan berkenaan bukan negara Islam yang diiktiraf selain tindakan mereka tidak sejajar dengan ajaran Islam.
 
"Kita meminta Ahli Parlimen supaya jangan gunakan nama IS lagi ketika mahu bertanya dan membahaskan mengenai kumpulan ini, sebaliknya gunakan label Daesh terhadap kumpulan berkenaan. 
 
"Nama IS itu sebenarnya tidak tepat kerana mereka bukan negara Islam, sebaliknya hanya satu pergerakan pengganas di Syria dan Iraq dan melakukan banyak perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam," katanya. 
 
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari mengenai program pemulihan puak radikal yang dilakukan terhadap pejuang Daesh tempatan yang sudah kembali ke negara ini, di Dewan Rakyat, hari ini.
 
Tambah Nur Jazlan, tindakan mengaitkan nama Islam dengan pergerakan kumpulan militan IS itu juga mengelirukan orang bukan Islam terhadap agama Islam itu sendiri. 


Tiada ulasan: