Pengguna juga perlu berhenti membeli di sana sehingga peniaga yang menipu dibersihkan.
PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan dan halau peniaga yang menipu pengguna di Kompleks Kota Raya.
Pengerusinya, Datuk Nadzim Johan berkata, beliau menyokong cadangan pihak tertentu supaya memboikot kompleks berkenaan buat sementara waktu sehingga isu penipuan yang berlaku di sana diselesaikan.
“Kita mahu pihak kerajaan masuk ke dalam (Kompleks Kota Raya) ambil tindakan dan bersihkan dulu penipu-penipu yang ada disitu. Mereka kena tengok dulu sama ada wujud barang tiruan atau tidak.
“Jadi kita perlu bersihkan supaya elemen-elemen menipu ini dapat dikeluarkan dari situ. Bersih elok-elok baru kita sokong balik (membeli disana), setakat ini jangan dulu, kerana kes disana masih tidak selesai.
Bersih dulu kalau tidak dia akan tipu orang lain pula,” katanya kepada FMT.
Mengulas lanjut, tindakan peniaga yang menipu sebenarnya telah memburukkan nama Malaysia, apabila pelancong yang datang turut ditipu apabila membeli produk di Kota Raya.
“Pelancong telah ada mengatakan di Malaysia banyak sangat menipu, kita jadi malu, lama-kelamaan mereka tidak mahu datang Malaysia, jadi kita juga yang susah.
“Kita tidak mahu nama Malaysia jadi busuk disebabkan ramai peniaga yang menipu, malah dia akan memberi kesan kepada peniaga yang jujur,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan