Badan bukan kerajaan perlu diperkasakan untuk menekan parti-parti Melayu yang kini retorik
PETALING JAYA: Kaum Melayu digesa supaya memperkasakan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menjadi kumpulan pendesak yang kuat untuk menekan parti-parti Melayu.
Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya berkata NGO perlu memainkan peranan mendesak, dan sekiranya perlu, penentu halatuju, kepada parti-parti politik yang hari ini hanya retorik.
“Ahli-ahli parti politik seharusnya menggunakan platform Perkasa untuk mendesak agar parti politik kembali memainkan peranan masing-masing.
“Kembali kepada perlembagaan dan tegar dgn manifesto yg dijanjikan. Buta lah jadinya dan rugi hasilnya kalau parti politik tak mengendahkan desakkan NGO,” kata Bakar dalam satu kenyataan kepada FMT.
Beliau menambah Perkasa merupakan wahana yang merentas seragam kepartian, dan menyeru pembabitan semua ahli etnik Melayu dari semua parti untuk bersama membentuk blok pendesak yang kuat.
“Saya menyeru lebih ramai sahabat-sahabat dari parti-parti politik Melayu untuk menyertai Perkasa dan sama-sama kita mendesak parti kita tidak lagi retorik, berpegang kepada realiti dan bersama-sama kita menghadapi cabaran mempertahankan hak kita seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Dengan itu barulah sempurna kita berada di dalam kancah politik, berjuang atas platform parti dan mendesak atas platform NGO,” kata Bakar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan