SHAH ALAM: Bekas Ketua Wanita Umno
Gopeng, Datuk Hamidah Osman mengakui menerima pelawaan parti pembangkang
untuk menyertai mereka.
Namun beliau memberitahu sehingga ke hari ini masih setia dengan perjuangan Umno.
"Saya tidak akan sertai pembangkang. Walaupun dipecat saya masih lagi orang Umno.
"Adalah yang cuba mendekati saya tetapi saya anggap mereka sahabat
saya. Memikat itu ada,” demikian memetik The Malaysian Insider hari ini.
Dalam pada itu Hamidah mendakwa parti pembangkang yang cuba merapatinya
itu adalah dari Perak, namun enggan memberitahu secara terperinci.
Hamidah pada 24 November lalu dipecat keahliannya daripada Umno selepas didakwa melanggar disiplin parti.
Beliau juga pernah mendakwa Umno sebagai sebuah 'parti pasar'.
Hamidah bagaimanapun mendakwa belum lagi menerima surat pemecatannya
daripada Umno, meskipun Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan
Tengku Mansor pada semalam memberitahu ia telah dihantar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan