Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL
KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Lajnah Pekerja dan Pengguna PAS Pusat, Ustaz Abdullah Husin menyifatkan hasrat Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk meringankan beban rakyat seperti ‘tin kosong’.
Menurut beliau, pemotongan subsidi elektrik sebanyak RM150 juta merupakan tindakan yang tidak dapat meringankan kos sara hidup penduduk Malaysia pada ketika ini.
Katanya, menerusi subsidi itu, pengguna domestik di Semenanjung, Sabah dan Sarawak boleh menikmati bayaran bil elektrik percuma jika kadar penggunaannya di bawah RM20.
“Kita di Lajnah Pekerja dan Pengguna tidak nampak sesuatu yang memberi manfaat kepada rakyat dengan pemotongan subsidi elektrik yang diumumkan baru-baru ini.
“Bahkan ia akan memburukkan lagi kos sara hidup penduduk di negara kita. Pemotongan itu pasti mempunyai kesan cukup besar kepada pengguna khasnya,” katanya
Beliau yang juga Adun Puteri Wangsa berkata, dasar kerajaan seperti Dasar Transformasi Negara dan juga Rancangan Malaysia Ke-11 adalah retorik untuk mengaburi mata rakyat.
“Sedangkan pelbagai subsidi yang menjadi keperluan rakyat sebelum ini seperti petrol, gula dan beras Super Tempatan (ST) 15 juga telah dimansuhkan,” ujarnya.
Beliau menambah, pembinaan dua buah empangan di Sarawak untuk menjana tenaga elektrik juga tidak bermakna jika rakyat terus dibebani dengan kos hidup tinggi.
Empangan Bakun, katanya boleh menghasilkan kuasa hidro sebanyak 3,300 megawatt, manakala Empangan Balleh pula dijangka mengeluarkan 1,400 megawatt.
1 ulasan:
Hello, Saya Puan Heather Putih, syarikat pinjaman pinjaman peribadi. Kami sedang dan pakar dalam memberikan yang akhir pinjaman tahun ini, pinjaman Krismas, tahun pinjaman baru untuk anda untuk membayar apa-apa pinjaman koperasi yang anda sedang berada di sekarang kita memberikan pinjaman peluang seumur hidup untuk anda untuk membayar bil-bil anda dan hutang peribadi dan memiliki perniagaan anda. pinjaman diberi kepada individu dan syarikat pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel: (qualityloanfirms@asia.com)
(heatherwhiteloanltd@gmail.com). Datang dan perbezaan pengalaman dalam perkhidmatan kami.
Catat Ulasan