HALAMAN SANTAI

Selasa, 1 Disember 2015

KDN: Kertas pertuduhan Najib masih disiasat


Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengesahkan siasatan terhadap kertas pertuduhan yang tersebar beberapa bulan lalu mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih berjalan.

Timbalannya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata demikian bagi menjawab soalan yang dibangkitkan Gobind Sing Deo (DAP-Puchong) pada sesi perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2016.

"Pihak polis telah menjalankan siasatan berkaitan pengakuan yang dibuat abang mendiang Kevin Morais berkait laporan 39148-2015 bertarikh 26 November 2015. Rakaman percakapan peguam akan diambil petang ini iaitu 1 Disember 2015.

"Merujuk laporan yang dibuat SPRM berkaitan kertas pertuduhan yang disiasat bertarikh 31 Julai.
Siasatan bagi kedua-dua kes ini masih diteruskan," katanya pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum ini, Gobind bertanya kepada KDN perkembangan dakwaan yang dibuat Charles Suresh Morais baru-baru ini dan lanjutan tindakan terhadap laporan polis penafian SPRM berkaitan kertas pertuduhan tersebut.

Baru-baru ini, Charles dilaporkan membuat pelbagai dakwaan berhubung kes pembunuhan Kevin, antaranya terlibat dalam siasatan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebelum dia disahkan melarikan diri pada 1.30 pagi Khamis lalu melalui Tambak Johor.

Suasana sidang menjadi kecoh apabila soalan tambahan Gobind menyentuh soal kedudukan Najib sebagai perdana menteri ketika siasatan mengenai dirinya sedang dijalankan yang mungkin akan mempengaruhi siasatan.

Jazlan menepis Gobind dengan menyatakan bahawa sebagai peguam Ahli Parlimen Puchong itu sepatutnya tahu bahawa sebarang perkara berkaitan siasatan yang sedang berlangsung jika disebut diluar akan mencacatkan siasatan tersebut.

"Anda faham, ada Eksekutif, Legilator, Dewan Rakyat. Jadi, bagaimana anda kata perdana menteri boleh mempengaruhi siasatan? Pengasingan kuasa yang jelas.

"Prosedurnya, sebarang tuduhan, polis akan siasat dan jika cukup bukti ia akan dibawa kepada peguam negara dan peguam negara akan dakwa di mahkamah. Sangat jelas," katanya.

Pertikaman lidah terus berlaku beberapa ketika sehingga ditegur Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee.


1 ulasan:

Unknown berkata...

Hello, Saya Puan Heather Putih, syarikat pinjaman pinjaman peribadi. Kami sedang dan pakar dalam memberikan yang akhir pinjaman tahun ini, pinjaman Krismas, tahun pinjaman baru untuk anda untuk membayar apa-apa pinjaman koperasi yang anda sedang berada di sekarang kita memberikan pinjaman peluang seumur hidup untuk anda untuk membayar bil-bil anda dan hutang peribadi dan memiliki perniagaan anda. pinjaman diberi kepada individu dan syarikat pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel: (qualityloanfirms@asia.com)
(heatherwhiteloanltd@gmail.com). Datang dan perbezaan pengalaman dalam perkhidmatan kami.