Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengeluh bahawa dia tidak lagi mengenali tahu Umno hari ini yang menghalang timbalan presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada menyampaikan ucapan penggulungan.
Bekas presiden Umno selama 22 tahun itu berkata pada pemilihan parti seblum ini, beliau tidak pernah menghalang Tengku Razaleigh Hamzah daripada menjelajah ke seluruh negara untuk mengkritik beliau, dan ini termasuk kepada Pak Lah ( Tun Abdullah Ahmad Badawi).
"Hari ini, kita ada presiden parti (Datuk Seri Najib Razak), bukan pada pemilihan (parti) tetapi menghalang orang daripada menyampaikan ucapannya. Ini bukan Umno saya kenali," katanya kepada pemberita.
"Mereka langgar tradisi parti."
Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin hari ini bahawa dia dihalang daripada berucap pada sesi penggulungan perhimpunan agung Umno, minggu depan.
Sebelum ini, Majlis Tertinggi Umno juga memutuskan Muhyiddin selaku timbalan presiden tidak akan merasmikan sayap-sayap Umno tetapi sebaliknya ketua masing-masing akan berbuat demikian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan