Ahli-ahli PAS diminta berhati-hati kerana perkembangan politik terkini mungkin menunjukkan satu perancangan secara halus untuk memecahbelahkan parti itu, kata Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Datuk Iskandar Samad.
Katanya, media mencanangkan
seolah-olah PAS akan bersatu dengan Umno berikutan pertemuan antara
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak dalam program Multaqa Al-Azhar minggu lalu.
“Presiden PAS hanya sekadar menghadiri Multaqa Al-Azhar
tetapi terdapat media yang mencanangkan seolah-olah PAS akan bersatu
dengan Umno atau PAS akan menubuhkan kerajaan perpaduan bersama Umno.
"Pimpinan Umno pula kelihatan bersungguh-sungguh untuk "meminang" PAS.
“Media-media yang selama ini memusuhi PAS atau sentiasa
memburuk-burukkan pimpinan PAS telah menjadikan isu ini berita utama
mereka.
“Kononnya pelbagai inisiatif sedang dirancang bersama oleh kedua-dua parti,” kata Iskandar dalam kenyataannya hari ini.
Ada udang sebalik batu
Sementara itu, Iskandar berkata media turut mendakwa terdapat kumpulan yang menyokong dan menentang perpaduan bersama Umno bagi memungkinkan ahli-ahli PAS bergaduh sesama sendiri.
Ada udang sebalik batu
Sementara itu, Iskandar berkata media turut mendakwa terdapat kumpulan yang menyokong dan menentang perpaduan bersama Umno bagi memungkinkan ahli-ahli PAS bergaduh sesama sendiri.
“Maka ahli-ahli perlu berwaspada dengan taktik seperti ini. Berhati-hati kerana "political move" dari Umno ini mungkin terdapat "udang di sebalik batu".
“Umat Islam juga sentiasa diingatkan agar tidak digigit dari lubang yang sama,” katanya.
Dalam pertemuan di Multaqa Al Azhar, Najib dan Hadi
tampil di pentas yang sama, bahkan berpakaian sedondon merah jambu
dengan memberikan ucapan senada ke arah kerjasama politik.
Multaqa tersebut turut memuktamadkan tujuh resolusi yang antaranya menyeru kerjasama politik antara PAS dan Umno.
Najib dalam ucapan perasmian multaqa itu menawarkan
kerjasama bagi membentuk hubungan rapat bersama PAS dengan memetik ayat
al-Quran tentang kepentingan perpaduan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan