Kenaikan Tambang ERL Komuter Naik. Contoh, Komuter dari RM18.40 Kepada RM27.40. ERL RM35 Kepada Rm55
Terus terang Berita Semasa katakan, kami
sukakan perkhidmatan ERL sebab cepat ke destinasi yang telah
ditetapkan. Malangnya, ada berita yang tidak sedap didengar apabila
tambang ERL naik. Bukan RM5 – Rm10 tetapi kenaikan RM20 sekaligus.
Meletakkan kadar baru ke KLIA pada caj
RM55, bagi kami sangat mahal. Mengalahkan harga ke Krabi, Thailand. Yang
kasihannya, yang acapkali ulangalik KL Putrajaya, KL – KLIA.
Dan, ERL tidak keseorangan apabila
komuter juga tidak ketinggalkan menawarkan caj dan baru kepada pengguna
setia komuter. Contoh gambar tiket harga baru ada dikongsikan di bawah.
Mungkin selepas melihatkan kemarahan dan
rintahan orang ramai, mengenai berita terkini disebalik kenaikan
tambang ERL naik, pihak ERL telah menyatakan yang mereka sedang dihimoit
dengan masalah kerugian yang ckup besar sepanjang menguruskan operasi
ERL ini.
- projek ERL memakan kos Rm24 bilion
- Perkhidmatan ERL sudah bermula sejak tahun 2002 lagi
- Sudah mencatatkan kerugian sebanyak RM671.7 juta
- Julai 2015, pemegang saham telah suntik sejumlah RM72 juta tambahan untuk dana
- Pemegang saham ERL adalah Lembaga Tabung Haji (40 peratus), Trisilco Equity Sdn Bhd (10 peratus), YTL Corporation Bhd antara (50 peratus)
P/S : Duit pak cik mak cik yang simpan
untuk pergi haji digunakan untuk menjalankan projek ERl, akhirnya rugi
besar. Ratus-ratus juga. Akhirnya, dicampakkan kepada pengguna berita
kenaikan tambang ERL. Agak-agak dengan kenaikan ini, ERL akan dapat memperolehi keuntungan selepas ini?
PP/S : Berita kenaikan tambang naik bagi
pengangkutan awam tidak hanya akan berhenti di sini, akan menyusul yang
lain tidak lama sahaja lagi.
Kadar Baru Tambang ERL Komuter Naik?
Seperti yang tertera pada gambar di bawah ini contohnya :
- KL Sentral ke Putrajaya. Sebelum ini RM9 ++, sekarang sudah jadi RM14
- Dahulu dengan laluan yang sama Tampin ke KL Sentral, hanya sekadar RM18.20 sahaja. Sekarang sudah RM27.40
- Dahulu KL Sentral ke KLIA naik kepada Rm55 berbanding Rm35 sebelum ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan