KUALA LUMPUR - Keputusan terhadap sembilan ketua cawangan Umno Bahagian Teluk Kemang yang dipanggil menghadap Lembaga Disiplin Umno hanya akan diketahui dua minggu lagi.
Bercakap kepada media, wakil mereka, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, pihaknya bagaimanapun yakin tiada sebarang tindakan akan dikenakan ke atas mereka kerana mendesak presiden parti supaya meletak jawatan, baru-baru ini.
"Kami tidak rasa akan dikenakan hukuman kerana pihak lembaga disiplin berpuas hati dengan penjelasan kami. Saya rasa pihak lembaga disiplin sedar apa yang mereka perlu buat untuk kebaikan parti," katanya pada sidang media, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: 13 Umno cawangan mahu Najib letak jawatan]
Kesemua ketua cawangan yang dipanggil oleh Lembaga Disiplin Umno hari ini diminta untuk menjelaskan tindakan mereka mengadakan sidang media yang menggesa Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan, Oktober lalu.
Kamarul Azman dalam pada itu melahirkan rasa lega kerana diberi peluang untuk menjelaskan tindakan mereka kepada parti.
"Apa yang kami lakukan hanyalah untuk kepentingan dan kebaikan parti.
"Kami tidak pernah mengaitkan Presiden Umno (Najib) dengan apa-apa masalah, sebaliknya masalah yang dikaitkan dengan beliau melemahkan kepimpinan beliau dan menipiskan sokongan parti," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan