SM AMIN
Kerajaan berpendapat, tindakan Jolley boleh memudaratkan keselamatan negara dan ketenteraman awam. - Foto YouTube
KUALA LUMPUR, Wartawan Al Jazeera, Mary Ann Jolley tidak dibenarkan memasuki Malaysia, kerana tindakannya boleh memudaratkan keselamatan negara dan ketenteraman awam, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Akta Imigresen 1959/63 memberi kuasa
kepada Ketua Pengarah Imigresen menyekat kemasukan mana-mana warganegara
asing ke Malaysia, setelah mempercayai individu berkenaan boleh membawa
kemudaratan kepada keselamatan negara,” kata Ahmad Zahid dalam jawapan
bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab
soalan Ahli Parlimen PKR-Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian yang
meminta kerajaan menyatakan alasan tidak membenarkan wartawan terbabit
masuk ke negara ini.
Saluran televisyen itu bertindak
menyiarkan rancangan ‘101 East – Murder in Malaysia’ oleh Jolley yang
mengupas kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, September lalu.
Hee
turut meminta Ahmad Zahid menjelaskan sama ada siasatan terhadap Sirul
Azhar Umar yang didakwa membunuh Altantuya telah ditutup, disebabkan
beliau melarikan diri ke Australia.
Tegas Ahmad Zahid, siasatan kes itu
melibatkan Sirul Azhar telah selesai dan hukuman juga telah dijatuhkan
Mahkamah Persekutuan kepada tertuduh.
“Sehubungan itu, tidak timbul lagi isu berkaitan penutupan siasatan kes berkenaan,” katanya.
1 ulasan:
Hello, Saya Puan Heather Putih, syarikat pinjaman pinjaman peribadi. Kami sedang dan pakar dalam memberikan yang akhir pinjaman tahun ini, pinjaman Krismas, tahun pinjaman baru untuk anda untuk membayar apa-apa pinjaman koperasi yang anda sedang berada di sekarang kita memberikan pinjaman peluang seumur hidup untuk anda untuk membayar bil-bil anda dan hutang peribadi dan memiliki perniagaan anda. pinjaman diberi kepada individu dan syarikat pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel: (qualityloanfirms@asia.com)
(heatherwhiteloanltd@gmail.com). Datang dan perbezaan pengalaman dalam perkhidmatan kami.
Catat Ulasan