HALAMAN SANTAI

Jumaat, 25 Disember 2015

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan terima Anugerah Perdana Maulidur Rasul

ANTARAPO.COM


Post Pic



SERDANG: Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh diangkat untuk menerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M.

Wan Zahidi, 73, menerima hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi dan sijil penghargaan.

Anugerah disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Sementara itu, pendakwah bebas, Profesor Dr Che Muhaya Mohamad dipilih antara penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M.

Dengan penganugerahan itu, Che Muhaya, 57, yang juga pakar optometris menerima RM20,000, trofi dan sijil penghargaan.

Penerima lain, Datin Prof Madya Dr Paizah Ismail; Datuk Dr Ar Baharuddin Abu Kassim; Othman Md Yusoff; Ebit Irawan Ibrahim Lew; Dr Mundzir Abdullah; Nurul Eeman Mansor dan Mithun Jay Langgim.

Penganugerahan itu berdasarkan sumbangan besar individu terbabit dalam memartabatkan syiar Islam di peringkat kebangsaan dan global yang diiktiraf oleh pelbagai pihak.

Tiada ulasan: