HALAMAN SANTAI

Selasa, 22 Disember 2015

PENOLAKAN KERJASAMA KIAN KETARA, APA PILIHAN HADI SETERUSNYA?

shahbudindotcom

 
 
 
Semua orang tahu yang teringin sangat dalam Pas untuk berbaik dan menjalinkan kerjasama dengan UMNO tidak lain tidak bukan ialah Presidennya, Hadi Awang sendiri.

Beliau bukan saja memperlihatkan sikap yang lebih lunak terhadap pelbagai kecurangan dalam UMNO dan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Najib Razak sejak kebelakangan ini, bahkan turut mempamerkan kemesraan di depan umum dengan berpakaian sedondon berbaju Melayu merah jambu pada program alumni Al Azhar, minggu lalu.

Kesediaan Hadi Awang duduk sepentas dengan Perdana Menteri yang diperkatakan di seluruh dunia berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta yang masuk ke akaun bank peribadinya, dilihat sebagai tanda sambutan terhadap huluran kerjasama yang dilontarkan Najib ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung UMNO, 8 hingga 12 Disember lalu.

Bagaimanapun, untuk menyambut secara rasmi salam kerjasama itu menimbulkan perasaan yang berbagai kepada Pas, di sebalik sikap yang ditunjukkan Hadi itu - ada yang semacam sedia bersama-sama dengan Hadi Awang serta mengatakan sedia memaafkan UMNO dam ada pula yang terang-terang tidak menyetujuinya.

Walaupun beberapa kerat pemimpin Pas di peringkat atasan nampaknya sedia dalam menjalinkan kerjasama itu, tetapi di peringkat akar umbi jelas memperlihatkan lebih ramai yang tidak menyetujuinya.

Pemimpin UMNO pro Najib, di sebalik berselindung dengan nama Islam dan perpaduan, tidak dinafikan bahawa mereka melihat hanya melalui kerjasama dengan UMNO saja barulah ternampak "ada sinar di hujung terowong"  untuk mengekalkan kuasa dalam PRU14 nanti.

Berdasarkan keputusan PRU 13 yang memperlihatkan BN hanya mendapat keputusan "nyawa-nyawa ikan" iaitu 133 - 98 kerusi Parlimen berbanding PR, namun kehilangan undi popular rakyat 47 lawan 52 peratus, keadaan dalam PRU 14 dilihat jauh berbeza berikutan Tun Mahathir kini setiap hari kerjanya membelasah Najib serta mendesaknya meletakkan jawatan.

Najib juga kehilangan sebahagian lagi sokongan berikutan tindakannya memecat Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal yang semata-mata bertanya dan berbeza pendapat mengenai 1MDB dan wang derma yang menjadikannya "billionaire segera".

Semalam Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man seperti memulakan langkah penolakan terhadap kerjasama yang cuba dirintiis Najib bersama Hadi Awang itu dengan menyarankan Perdana Menteri bercuti sementara terlebih dahulu.

Hari ini pula Naib Presiden Pas, Idris Ahmad bernada lebih keras dengan meminta pihak tertentu yang teringin sangat untuk bekerjasama dengan UMNO agar meninggalkan parti itu.

Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan UMNO, mereka sajalah yang pergi, katanya.

Wowww....

Walaupun tidak menyebut nama secara khusus, tetapi tidaklah sukar memahami siapa yang dimaksudkan oleh Idris itu. Apatah lagi beliau juga mengungkit sejarah Pas yang pernah kehilangan dua presidennya sebelum ini, Ahmad Fuad dan Asri Muda, namun tidak menjadikan parti itu lemah serta kehilangan arah.

Mungkinkah lebih ramai pemimpin Pas bersuara dengan nada keras selepas ini menolak kerjasama dengan UMNO serta sikap seperti Hadi itu?

Bagaimana dengan Hadi, masih beranikah meneruskan "hubungan terlarang"  dengan Najib dan UMNO berikutan nada keras Idris itu dan semalam  melalui enam syarat oleh Tuan Ibrahim yang ketara menunjukkan pimpinan Pas sendiri tidak setuju untuk bekerjasama?

Begitu juga, bagaimana dengan kumpulan pro Hadi dalam Pas yang nampak lebih rela untuk bekerjasama itu, termasuk Nasharuddin Mat Isa yang kini makan gaji dengan sebuah yayasan yang berada di bawah ketiak Najib?

Bakal berlakukah pemberontakan dalam Pas menolak Hadi jika beliau terus juga mahu menjalin hubungan dengan Najib dan UMNO?

Atau semua signal ini akan menjadikan Hadi Awang membuat pusingan U dan membiarkan Najib dan UMNO terus terkapai-kapai?

Dalam aspek yang lain, mungkinkah Hadi Awang akan mengakhiri kariernya dengan keluar Pas bersama para penyokong dengan menyertai UMNO atau menubuhkan parti baru demi "kasih sayang dan cinta tak berbelah baginya"  untuk menyelamatkan masa depan Najib? 


2 ulasan:

otaiblues.blogspot berkata...

sangat sangat setuju dengan saranan uztas idris itu..bagi kata dua aje pada yg nk bergabung tu..
siapa yg buat amanat tu..dah lupa ke?
akar umbi tak heran la kalau presiden nk keluar..dia keluar bukan bermakna terus mati parti pas ini.
jgn sama kan mcm semangat 46. bergabung je kuli ngan umno.terus mati S46
hidupnya pas.bukan kerana presiden..

otaiblues.blogspot berkata...

sangat sangat setuju dengan saranan uztas idris itu..bagi kata dua aje pada yg nk bergabung tu..
siapa yg buat amanat tu..dah lupa ke?
akar umbi tak heran la kalau presiden nk keluar..dia keluar bukan bermakna terus mati parti pas ini.
jgn sama kan mcm semangat 46. bergabung je kuli ngan umno.terus mati S46
hidupnya pas.bukan kerana presiden..