shahbudindotcom
Semua
orang tahu yang teringin sangat dalam Pas untuk berbaik dan menjalinkan
kerjasama dengan UMNO tidak lain tidak bukan ialah Presidennya, Hadi
Awang sendiri.
Beliau
bukan saja memperlihatkan sikap yang lebih lunak terhadap pelbagai
kecurangan dalam UMNO dan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Najib
Razak sejak kebelakangan ini, bahkan turut mempamerkan kemesraan di
depan umum dengan berpakaian sedondon berbaju Melayu merah jambu pada
program alumni Al Azhar, minggu lalu.
Kesediaan
Hadi Awang duduk sepentas dengan Perdana Menteri yang diperkatakan di
seluruh dunia berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta yang masuk ke
akaun bank peribadinya, dilihat sebagai tanda sambutan terhadap huluran
kerjasama yang dilontarkan Najib ketika berucap merasmikan Perhimpunan
Agung UMNO, 8 hingga 12 Disember lalu.
Bagaimanapun,
untuk menyambut secara rasmi salam kerjasama itu menimbulkan perasaan
yang berbagai kepada Pas, di sebalik sikap yang ditunjukkan Hadi itu -
ada yang semacam sedia bersama-sama dengan Hadi Awang serta mengatakan
sedia memaafkan UMNO dam ada pula yang terang-terang tidak
menyetujuinya.
Walaupun
beberapa kerat pemimpin Pas di peringkat atasan nampaknya sedia dalam
menjalinkan kerjasama itu, tetapi di peringkat akar umbi jelas
memperlihatkan lebih ramai yang tidak menyetujuinya.
Pemimpin
UMNO pro Najib, di sebalik berselindung dengan nama Islam dan
perpaduan, tidak dinafikan bahawa mereka melihat hanya melalui kerjasama
dengan UMNO saja barulah ternampak "ada sinar di hujung terowong"
untuk mengekalkan kuasa dalam PRU14 nanti.
Berdasarkan
keputusan PRU 13 yang memperlihatkan BN hanya mendapat keputusan
"nyawa-nyawa ikan" iaitu 133 - 98 kerusi Parlimen berbanding PR, namun
kehilangan undi popular rakyat 47 lawan 52 peratus, keadaan dalam PRU 14
dilihat jauh berbeza berikutan Tun Mahathir kini setiap hari kerjanya
membelasah Najib serta mendesaknya meletakkan jawatan.
Najib
juga kehilangan sebahagian lagi sokongan berikutan tindakannya memecat
Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal yang semata-mata bertanya dan berbeza
pendapat mengenai 1MDB dan wang derma yang menjadikannya "billionaire
segera".
Semalam
Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man seperti memulakan langkah
penolakan terhadap kerjasama yang cuba dirintiis Najib bersama Hadi
Awang itu dengan menyarankan Perdana Menteri bercuti sementara terlebih
dahulu.
Hari
ini pula Naib Presiden Pas, Idris Ahmad bernada lebih keras dengan
meminta pihak tertentu yang teringin sangat untuk bekerjasama dengan
UMNO agar meninggalkan parti itu.
Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan UMNO, mereka sajalah yang pergi, katanya.
Wowww....
Walaupun
tidak menyebut nama secara khusus, tetapi tidaklah sukar memahami siapa
yang dimaksudkan oleh Idris itu. Apatah lagi beliau juga mengungkit
sejarah Pas yang pernah kehilangan dua presidennya sebelum ini, Ahmad
Fuad dan Asri Muda, namun tidak menjadikan parti itu lemah serta
kehilangan arah.
Mungkinkah
lebih ramai pemimpin Pas bersuara dengan nada keras selepas ini menolak
kerjasama dengan UMNO serta sikap seperti Hadi itu?
Bagaimana
dengan Hadi, masih beranikah meneruskan "hubungan terlarang" dengan
Najib dan UMNO berikutan nada keras Idris itu dan semalam melalui enam
syarat oleh Tuan Ibrahim yang ketara menunjukkan pimpinan Pas sendiri
tidak setuju untuk bekerjasama?
Begitu
juga, bagaimana dengan kumpulan pro Hadi dalam Pas yang nampak lebih
rela untuk bekerjasama itu, termasuk Nasharuddin Mat Isa yang kini makan
gaji dengan sebuah yayasan yang berada di bawah ketiak Najib?
Bakal berlakukah pemberontakan dalam Pas menolak Hadi jika beliau terus juga mahu menjalin hubungan dengan Najib dan UMNO?
Atau semua signal ini akan menjadikan Hadi Awang membuat pusingan U dan membiarkan Najib dan UMNO terus terkapai-kapai?

2 ulasan:
sangat sangat setuju dengan saranan uztas idris itu..bagi kata dua aje pada yg nk bergabung tu..
siapa yg buat amanat tu..dah lupa ke?
akar umbi tak heran la kalau presiden nk keluar..dia keluar bukan bermakna terus mati parti pas ini.
jgn sama kan mcm semangat 46. bergabung je kuli ngan umno.terus mati S46
hidupnya pas.bukan kerana presiden..
sangat sangat setuju dengan saranan uztas idris itu..bagi kata dua aje pada yg nk bergabung tu..
siapa yg buat amanat tu..dah lupa ke?
akar umbi tak heran la kalau presiden nk keluar..dia keluar bukan bermakna terus mati parti pas ini.
jgn sama kan mcm semangat 46. bergabung je kuli ngan umno.terus mati S46
hidupnya pas.bukan kerana presiden..
Catat Ulasan