NORAIZURA AHMAD
Hishammuddin bertanya
sesuatu kepada Georgina Bijar (baju merah) yang merupakan ibu Remmy
Julian, ketika beliau melawat tempat kejadian petang tadi. - Foto TRP/
Noraizura Ahmad
KUALA LUMPUR, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengarahkan pasukan penyelam Grup Gerak Khas (GGK) membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) anak anggota tentera yang hilang di Sungai Puyoh, berhadapan Kem Perdana Sungai Besi, semalam.
Beliau berkata, 14 anggota daripada
pasukan itu akan turut menyertai operasi SAR bersama agensi lain,
termask Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan
Pertahanan Awam serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
“Saya telah meminta Timbalan Menteri
Pertahanan, Datuk Johari Baharum membuat tindakan susulan, berhubung
keperluan dan bantuan yang boleh disalurkan kepada keluarga mangsa.
“Ini termasuk jika ada keperluan untuk
membawa pulang jenazah ke Sarawak, menggunakan aset Angkatan Tentera
Malaysia (ATM), termasuk pesawat C130 Hercules,” katanya selepas melawat
keluarga mangsa lemas di tempat kejadian, petang ini.
Tiga
mangsa itu dikenali sebagai Joshnuel Hussin, 9, Joe Jerry Primus, 12,
dan Remmy Julian Rymon Joe, 14, yang semuanya merupakan anak anggota
tentera.
Ketiga-tiga mangsa terbabit dikatakan
memancing di bawah sebuah jambatan dekat Sungai Puyoh, bersama lima
rakan mereka, sebelum empat daripadanya terjatuh ketika cuba melepaskan
mata kail yang tersangkut.
Mereka kemudiannya bermandi di Sungai Puyoh, namun tiga mangsa terbabit dilaporkan hilang, selepas dihanyutkan arus deras.
Mayat Remmy Julian ditemui kira-kira jam
10.30 pagi tadi dan telah disahkan ahli keluarganya dan pasukan SAR
sedang mencari dua lagi mangsa yang dipercayai turut lemas.
Hishammuddin berharap ahli keluarga mangsa akan tabah menghadapi detik sukar ini.
“Saya doakan mereka diberikan ketabahan dan kekuatan untuk berdepan situasi ini,” katanya.
1 ulasan:
Hello, Saya Puan Heather Putih, syarikat pinjaman pinjaman peribadi. Kami sedang dan pakar dalam memberikan yang akhir pinjaman tahun ini, pinjaman Krismas, tahun pinjaman baru untuk anda untuk membayar apa-apa pinjaman koperasi yang anda sedang berada di sekarang kita memberikan pinjaman peluang seumur hidup untuk anda untuk membayar bil-bil anda dan hutang peribadi dan memiliki perniagaan anda. pinjaman diberi kepada individu dan syarikat pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel: (qualityloanfirms@asia.com)
(heatherwhiteloanltd@gmail.com). Datang dan perbezaan pengalaman dalam perkhidmatan kami.
Catat Ulasan