IPOH - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPK) memecahkan rekod dunia selepas berjaya membina piramid buku terbesar, hari ini.
Usaha menyusun 70,247 buku pelbagai genre itu dilakukan selama tujuh hari bermula 19 Disember lalu sempena Bos Gaurus Book Fest di Stadium Indera Mulia, di sini.
Kejayaan itu disahkan wakil Guinness World Record, Anna Lewis Orford sekali gus memadamkan rekod sama yang pernah dilakukan Kedai Buku Ernster di Luxembourg dengan 63,377 buku pada April lalu.
Projek ini adalah program inovasi sosial anjuran PPANPK dengan kerjasama Imagika Sdn Bhd dalam usaha menanam minat membaca dalam kalangan masyarat tanpa mengira usia.
1 ulasan:
Catat Ulasan