HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 Disember 2015

Perpustakaan Perak pecah rekod dunia

Perpustakaan Perak pecah rekod dunia
Pengarah PPANPk, Nor Aini Mohd Nordin (kiri) menunjukkan sijil pengiktirafan yang diterima daripada pihak Guiness World Record selepas berjaya mencipta rekod.


IPOH - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPK) memecahkan rekod dunia selepas berjaya membina piramid buku terbesar, hari ini.

Usaha menyusun 70,247 buku pelbagai genre itu dilakukan selama tujuh hari bermula 19 Disember lalu sempena ‎Bos Gaurus Book Fest di Stadium Indera Mulia, di sini.‎

Kejayaan itu disahkan wakil Guinness World Record, Anna Lewis Orford sekali gus memadamkan rekod sama yang pernah dilakukan Kedai Buku Ernster di Luxembourg dengan ‎63,377 buku pada April lalu.

Projek ini adalah program inovasi sosial anjuran PPANPK dengan kerjasama Imagika Sdn Bhd dalam usaha menanam minat membaca dalam kalangan masyarat tanpa mengira usia.


1 ulasan:

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.