HALAMAN SANTAI

Sabtu, 1 Januari 2022

Ahmad Yahaya dilantik Ketua DUPP

MALAYSIA POST

Ahmad Yahaya dilantik Ketua DUPP

PAS akhirnya mengumumkan Datuk Ahmad Yahaya sebagai Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) yang baharu selepas tertangguh lebih sebulan.

Beliau sepatutnya dilantik pada 2 November lalu selepas hanya nama beliau mendapat pencalonan, namun pemilihan tidak dilakukan kerana mesyuarat itu ditangguhkan.

Menerusi hantaran di Facebook DUPP semalam, Ahmad Yahaya diumumkan sebagai Ketua DUPP seperti yang tertera dalam poster ucapan tahniah pada hantaran berkenaan.

Bagaimanapun sehingga kini, tidak ada sebarang makluman rasmi tentang barisan Exco kepimpinan sayap kanan Pas itu.

Terdahulu, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin dalam kenyataannya pada 2 November lalu berkata, penangguhan tersebut dibuat kerana hanya ada lima negeri yang membuat muktamar peringkat dewan ulama.

Negeri lain, katanya, belum selesai mengadakan muktamar masing-masing, justeru mereka tidak dapat menghantar calon untuk DUPP seperti sepatutnya.

“Ini isu undang-undang, yang berkait dengan ROS (Jabatan Perdaftaran Pertubuhan). Kita tak nak langgar, jadi tangguhlah,” katanya. – Malaysiapost.

(*) Kredit Foto: Facebook/Datuk Ahmad Yahaya

Tiada ulasan: