MGF21012022_JELAJAH-DAHSYAT-3
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad bercakap kepada media selepas hadir ke Majlis Pelancaran Jelajah Dahsyat di Wyndham Acmar, Klang. Foto MOHD ADZLAN

KLANG – UMNO didakwa akan menggunakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor untuk mendesak Perdana Menteri supaya mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dengan segera.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN) Khalid Samad berkata, parti itu akan menjadikan Johor satu lagi contoh untuk  meyakinkan Datuk Seri Ismail Sabri bahawa pilihan raya selamat diadakan meskipun dalam waktu pandemik,dengan mematuhi  prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.