MALAYSIA POST
AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi membidas Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berhubung kenyataannya mengenai pengeluaran i-Citra tambahan RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Mohd Puad menyifatkan Tengku Zafrul sebagai ‘menteri kayangan’ kerana tidak peka dengan situasi mendesak dihadapi rakyat ketika ini.
“Menteri Kewangan kata, mereka yang memperjuangkan pengeluaran one off RM 10K i-Citra KWSP adalah penghasut rakyat.
“MB Kedah kena tanya, Menteri kluster kayangan ini datang dari planet mana? Boleh meninggal Malaysia dibuatnya,” katanya menerusi hantaran ringkas di Facebooknya.
Beliau merujuk kepada artikel penulisan Tengku Zafrul Tengku yang diterbitkan di Berita Harian baru-baru ini.
Tengku Zafrul dalam artikelnya itu, menyatakan terdapat beberapa pihak yang lantang melobi untuk dibenarkan sekali lagi pengeluaran simpanan KWSP.
“Perlu saya ulangi, idea ini pertama sekali dicetuskan oleh kerajaan berdasarkan pertimbangan dan perkiraan yang rapi.
“Suara yang hari ini sibuk menghasut rakyat tidak terbabit sama sekali dalam perhitungan dan keputusan berkenaan.
“Mereka mengambil kesempatan mengeksploitasikan perkara ini sebagai modal untuk menyelar pihak KWSP dan kerajaan,” katanya. – Malaysiapost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan