SHAH ALAM – Bencana banjir yang melanda beberapa negeri dipolitikkan, terutamanya dilakukan individu di media sosial dan ia telah menjadi lumrah di negara ini.
Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Datuk Kamaruzzaman Johari bagaimanapun berkata, golongan itu perlu sedar bencana pada 18 Disember lalu berlaku hampir serentak dan melibatkan puluhan ribu mangsa
Namun kata beliau, kerajaan masih berjaya dengan pantas menyalurkan bantuan kepada semua pihak yang terkesan tanpa mengira sesiapa.
“Bencana ini berlaku dengan tidak disangka dan ada penduduk pada mulanya merasakan tidak perlu pindah dan akhirnya terperangkap dalam banjir.
“Kerajaan pada masa cepat bertindak kepada mangsa banjir ini dan sudah tertentu di seluruh kawasan yang terkesan ada juga bantuan dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan perseorangan.
“Usaha ini adalah saling melengkapi untuk membantu mangsa banjir dan ada bantuan yang dihulurkan tidak diuar-uarkan.
“Jika ada hendak politik itu adalah perkara biasa dalam negara ini dan sedikit kemungkinan bantuan tidak sampai dipolitik sebagai perkara besar.
“Ada yang bantuan yang sedikit terlewat dan sebagainya seolah-olah kita tidak bertindak cepat tetapi sebenarnya kerajaan cuba bantu bersungguh-sungguh,” katanya.
Beliau diminta mengulas trending semalam di Twitter #KerajaanPembunuh yang cuba menghasut orang ramai menyalahkan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana lambat bertindak dalam pengurusan bencana itu.
Kamaruzaman berkata demikian kepada media selepas Program Misi Bantuan UMNO Pasir Salak 2022 di Kampung Sungai Kandis, di sini, hari ini.
Misi yang diketuai UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Dr Nasaruddin Othman itu telah menyampaikan bantuan barangan keperluan asas seperti periuk nasi, tilam, bantal dan makanan kering kepada 100 mangsa yang terlibat di kampung itu.
Mengulas lanjut, Kamaruzzaman berharap mangsa banjir memohon dan menggunakan dahulu apa yang sediakan kerajaan dan Kerajaan Negeri Selangor tanpa perlu mengeluarkan wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Malah kata beliau, banyak tambahan bantuan disediakan untuk mangsa banjir kali ini yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan kerajaan negeri.
“Jadi bantuan hampir RM10,000 disediakan dan ia mampu membantu rakyat yang terkesan dengan banjir di mana sebelum ini mengharapkan wang simpanan KWSP.
“Namun bagaimana yang kita tahu wang itu adalah untuk bekalan selepas bersara dan dengan bantuan kerajaan kita tidak perlu bersusah payah untuk keluarkan i-Citra,” katanya.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menyatakan bahawa keseluruhan pemberian tunai kepada mangsa banjir yang boleh mencecah RM10,000 bagi setiap Ketua Isi Rumah.
Ismail Sabri berkata, ia merupakan usaha kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat yang terkesan dengan banjir tanpa perlu mengeluarkan wang simpanan KWSP. – MalaysiaGazette
Penduduk yang menerima sumbangan keperluan asas akibat
terjejas bencana banjir pada Program Misi Bantuan UMNO
Pasir Salak 2022 di Kampung Sungai Kandis, Shah Alam.
Foto MOHD ADZLAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan