HALAMAN SANTAI

Sabtu, 22 Januari 2022

Sah, PRN Johor bakal diadakan

 Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

Hasni menjawab pertanyaan petugas media selepas mempengerusikan Mesyuarat UMNO Negeri di Johor Bahru, hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad mengesahkan Johor bakal menyaksikan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam waktu terdekat ini.

Beliau mengesahkan perkara itu dalam pertemuan ringkas dengan petugas media selepas mempengerusikan Mesyuarat UMNO negeri di pekarangan bangunan ibu pejabat UMNO Johor, di sini hari ini.

“Saya dah dapat persetujuan daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri untuk mengadakan PRN Johor.

“Saya akan adakan sidang akhbar berkenaan perkara ini pada pukul 6 petang ini, selepas menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di istana Bukit Serena pada pukul 5 petang ini.

“Ketika ini saya mahu mempengerusikan majlis mesyuarat kerajaan negeri di Kota Iskandar terlebih dahulu,” katanya ringkas.-K! ONLINE

Tiada ulasan: