HALAMAN SANTAI

Ahad, 23 Januari 2022

DUN Johor bubar hari ini


Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Baginda kemudian menandatangani watikah pembubaran DUN, menurut kenyataan dalam laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, petang ini ( Sabtu ).

Terdahulu, baginda berkenan menerima menghadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad pada jam 5 petang di Istana Bukit Serene, Johor Bahru hari ini (22 Januari 2022).

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Menurut kenyataan itu, pada pertemuan berkenaan Hasni diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani yang kemudian mempersembahkan watikah pembubaran DUN.

Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 bahawa Dewan Negeri Johor Darul Ta’zim termansuh pada 22 Januari 2022.

Johor memiliki 56 kerusi DUN dengan agihan terkininya adalah UMNO dan DAP masing-masing 14 kerusi, Bersatu (11), MIC (dua), PAS (satu), sementara AMANAH (enam) dan PKR (tujuh).

Kerajaan Johor memiliki majoriti tipis dengan 28 kerusi berbanding 27 kerusi di blok pembangkang, susulan kematian ADUN Kempas, Datuk Osman Sapian.

Tiada ulasan: