HALAMAN SANTAI

Rabu, 26 Januari 2022

‘Ini sebab MB Johor asyik bertukar’ – Najib

MALAYSIA POST

‘Ini sebab MB Johor asyik bertukar’ – Najib

HASRAT Pakatan Harapan (PH) bekerjasama dengan semua parti pembangkang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, akan menyebabkan berlaku ketidakstabilan politik, kata Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Perdana Menteri itu menyokong kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang menyatakan usaha PH tersebut adalah pendekatan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang kesannya mewujudkan kerajaan ‘rojak’.

Menurut Najib, ia juga antara sebab Menteri Besar Johor asyik bertukar-tukar orang.

“Empat individu berlainan telah menjawat sebagai MB sejak tahun 2018. Akibatnya pelaburan baru dan pembangunan ekonomi negeri terjejas.

“Harap kestabilan politik yang kukuh dapat dipulihkan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Kelmarin Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pakatan itu memutuskan semua parti pembangkang, termasuk Pejuang, Warisan dan MUDA perlu bekerjasama bagi menghadapi PRN Johor.

Susulan itu, Mohamed Khaled berkata kesan kerjasama tersebut akan mewujudkan kerajaan rojak, kerajaan suku-suku, kerajaan tak berfungsi dan kerajaan yang gagal kerana Perdana Menteri dan Menteri Besar sering bertukar, sebagaimana selepas PRU14. – Malaysiapost

Tiada ulasan: