HALAMAN SANTAI

Rabu, 26 Januari 2022

Menang satu kerusi di Johor, apa logik PAS mahu minta banyak?

Tidak logik untuk PAS meminta banyak kerusi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor walhal semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) hanya menang satu kerusi sahaja.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengkritik PAS yang meminta semua kerusi Barisan Nasional (BN) tewas kepada Pakatan Harapan (PH) berbanding empat kerusi yang ditawarkan jika mahu bekerjasama dalam PRN Johor akan datang.

“Seingat saya semua kerusi yang BN kalah pada PRU14, PAS juga tanding, PAS pun kalah. Kesemuanya PAS kalah pada BN. Jadi apa logik yang dipakai tuntut kerusi tersebut

“PAS bertanding di 40 kerusi, semua kalah kepada UMNO (berdasar kiraan undi siapa tinggi) kecuali satu (DUN Bukit Pasir),” katanya dipetik laporan FMT.

Awal hari ini, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mendedahkan rundingan kerusi dengan UMNO tidak berjaya.

Tuan Ibrahim berkata semasa bersama dalam perbincangan Muafakat Nasional (MN), PAS hanya akan diberi empat kerusi di Johor sementara kebanyakkan kerusi lain dibolot UMNO dengan parti komponennya dalam Barisan Nasional (BN).

Jelasnya, PAS dengan UMNO sebelum ini sudah berbincang berhubung pembahagian kerusi di Johor, ia dengan matlamat untuk menyekat Pakatan Harapan (PH) kembali berkuasa.

“PAS menghormati pendirian UMNO (dan BN) untuk bergerak solo. Bagi PAS, kami sudah hulurkan salam muafakat dan penyatuan ummah.

“Menawarkan empat dari 56 kerusi itu, saya fikir bukan cara baik,” katanya.

Semasa PRU-14 lalu, PAS meletakkan calon di 40 kerusi namun hanya memenangi satu daripadanya.

Tiada ulasan: