HALAMAN SANTAI

Ahad, 23 Januari 2022

PAS Kelantan hormati keputusan UMNO negeri

Menteri Besar Kelantan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Ahmad Yakob di majlis Pelancaran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) sempena sambutan dua dekad penubuhan KIAS di Nilam Puri di sini, hari ini. - Foto HIDAYATIDAYU RAZALI
Menteri Besar Kelantan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Ahmad Yakob di majlis Pelancaran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) sempena sambutan dua dekad penubuhan KIAS di Nilam Puri di sini, hari ini. - Foto HIDAYATIDAYU RAZALI

KOTA BHARU: PAS Kelantan menghormati pendirian UMNO negeri yang membuat keputusan memutuskan hubungan politik dengan parti itu semalam.

Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya tidak boleh berbuat apa-apa kerana itu adalah pendirian UMNO.

"Pendirian kita, PAS masih lagi duduk bersama dengan UMNO dalam Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) serta untuk memperkasakan lagi PN.

"Kita hormat pendirian mereka (UMNO), tetapi memandangkan (kita) melihat perpaduan orang Melayu dan Islam ini penting, hasrat kita akan teruskan bersama UMNO sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang," katanya ditemui pada sidang media selepas Pelancaran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) sempena sambutan dua dekad penubuhan KIAS di Nilam Puri di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Rektor KIAS, Prof Dr Ab Aziz Mohd Zin.

Mengulas lanjut Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, PAS membuat perbincangan dengan Biro Politik UMNO semalam.

"Dalam perbincangan itu, kita secara mesra memahami ada hasrat pihak UMNO untuk memutuskan kerana dia tidak boleh terima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Mungkin ada kemudaratan kepada dia (UMNO) dengan BERSATU.

"Kita juga mohon supaya perkara ini jangan diputuskan kerana melihat kepada keadaan semasa yang sangat baik, kehidupan masyarakat majmuk, hubungan PAS dengan UMNO juga baik. Tetapi kita tidak boleh buat apa-apa sebab itu pendirian mereka.

"Kita terima, tetapi dari segi usaha perpaduan kita teruskan kerana Islam meminta kita supaya bersatu padu," katanya.

Mengulas berkenaan hasrat UMNO Kelantan yang mahu bertanding di semua kerusi pada PRU-15, Ahmad berkata, beliau berharap tidak ada pertandingan tiga penjuru, malah hanya dua penjuru demi kepentingan Melayu dan Islam.

Media semalam melaporkan, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, UMNO Kelantan tidak lagi bersama dengan PAS negeri melalui MN yang berkuat kuasa serta merta.

Katanya, UMNO membuat keputusan itu berikutan PAS Kelantan yang masih menjalin kerjasama dengan BERSATU dan tetap memilih parti itu untuk menghadapi PRU-15

Tiada ulasan: