HALAMAN SANTAI

Rabu, 26 Januari 2022

PRN Johor demi kepentingan rakyat, bukan kerana Kluster Mahkamah


Langkah UMNO mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebenarnya ada demi kepentingan rakyat semata-mata bukan sebaliknya, kata Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) itu berkata tidak benar dakwaan PRN yang bakal diadakan adalah berpunca daripada Kluster Mahkamah, malah keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sudah mengambilkira pelbagai aspek.

“Pasti keputusan dibuat setelah mengambil kira pelbagai perkara, namun jika kerana itu memberikan gambaran kononnya DUN Johor dibubar atas desakan Kluster Mahkamah adalah sangat tidak wajar.

“UMNO dan BN adalah parti yang utamakan kepentingan rakyat. Kita tidak membuat keputusan atas kepentingan individu. Rakyat Negeri Johor memerlukan sebuah kerajaan yang stabil dan kuat,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Jelasnya lagi, UMNO hanya mahu menyerahkan kembali kuasa kepada rakyat untuk mengundi dalam PRN kali ini.

“Membubarkan DUN Johor yang akhirnya membawa kepada PRN Johor adalah gambaran tanggungjawab UMNO dan BN menyerahkan kembali kuasa memilih kepada rakyat agar dapat menentukan kerajaan benar-benar memimpin di atas mandat sebenar daripada rakyat, yakni kerajaan yang rakyat inginkan,” katanya lagi.

Katanya, DUN Johor dibubarkan atas perkenan Sultan Johor setelah dipersembahkan oleh Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad selaras dengan Undang-Undang Negeri Johor.

Dalam pada itu, Shamsul Anuar juga berkata kedudukan kerajaan sedia ada di Johor sangat rapuh kerana memiliki satu majoriti sahaja.

“Realitinya apabila kematian ADUN Kempas, Datuk Osman Sapian pada Disember lalu, kedudukan Kerajaan BN dan PN Johor sangat rapuh. Daripada 56 kerusim untuk mendapat majoriti mudah ialah 29 kerusi.

“Sebaliknya Hari ini (sebelum dibubarkan) kerajaan Johor ada 28 kerusi (BN dan PN) manakala PH memiliki 27 kerusi,” katanya lagi.

Tiada ulasan: