HALAMAN SANTAI

Rabu, 26 Januari 2022

PRN Johor: PN akan bertanding di semua kerusi

NAJA

PRN Johor: PN akan bertanding di semua kerusi

PERIKATAN Nasional (PN) memutuskan akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yasin, berkata ia adalah pendirian gabungan itu setakat ini selepas mengadakan perbincangan dengan rakan komponen termasuk Pas serta Gerakan.

“Kalau setakat hari ini begitulah (tanding semua kerusi DUN Johor). Kita belum berjumpa PN secara semua tapi pandangan pimpinan parti gabungan begitulah,” katanya dipetik Berita Harian sebelum mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu di Shah Alam, malam ini.

Muhyiddin berkata, Pas juga setakat ini istiqomah untuk kekal bersama PN dalam mendepani PRN Johor nanti.

Disoal cadangan akar umbi Bersatu supaya PN bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Barisan Nasional (BN), Muhyiddin menjelaskan, itu hanya pandangan saja.

“Itu hanya dakwaan mereka. Saya kata, kita belum ada mesyuarat apa-apa setakat ini. Pendirian kita hanya PN saja, kalau ada pihak tertentu katakan sesuatu, itu pendirian mereka. Kita setakat hari ini PN,” katanya.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, PN sedia untuk menerima pandangan pelbagai pihak mengenai konsep kerjasama politik membabitkan gabungan parti lain sama ada membabitkan PH atau BN dalam PRN kelak.

“Setakat ini belum ada apa-apa lagi. Saya tak tahu apa tujuan mereka. Biasa sikap kita terbuka dengan pandangan orang. Kita tak mudah nak tolak,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin menjelaskan, fokus gerak kerja PN dalam PRN Johor adalah untuk menarik sokongan pengundi baru, memandangkan akan ada pertambahan lebih 700,000 pengundi baru termasuk kira-kira 180,000 pengundi muda berusia 18 hingga 20 tahun.

Beliau berkata, PN akan menampilkan lebih ramai calon muda, untuk bergandingan dengan pemimpin senior. – Malaysiapost

Tiada ulasan: