HALAMAN SANTAI

Rabu, 26 Januari 2022

PRN Johor: MUDA akan muktamadkan kerjasama dengan parti lain

MALAYSIA POST

PRN Johor: MUDA akan muktamadkan kerjasama dengan parti lain

PARTI Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) akan mengadakan mesyuarat malam ini berhubung memuktamadkan kerjasama dengan parti lain dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata keputusan mesyuarat peringkat Jawatankuasa Eksekutif Pusat MUDA bakal diumumkan dalam masa terdekat menerusi kenyataan media.

“Berkenaan strategi dan gabungan kerjasama (dengan parti pembangkang), MUDA akan berbincang secara dalaman di peringkat Jawatankuasa Eksekutif Pusat,” katanya kepada media di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

Baru-baru ini, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa semua parti pembangkang termasuk MUDA membentuk gabungan pembangkang dalam usaha menawan PRN Johor.

Pada PRN Melaka lalu, MUDA membuat ketetapan untuk tidak bertanding serta menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) susulan gabungan itu menerima ‘katak politik’ sebagai calon.

Terdahulu, Syed Saddiq memberi keterangan kepada polis berhubung penyerahan Memorandum Darurat Banjir dan Krisis Iklim di Parlimen, Khamis lalu. – Malaysiapost

Tiada ulasan: