HALAMAN SANTAI

Rabu, 26 Januari 2022

Ranking CPI jatuh, Najib sindir pembangkang jangan buat-buat lupa

MALAYSIA POST

Ranking CPI jatuh, Najib sindir pembangkang jangan buat-buat lupa

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menduga pembangkang akan menunding jari kepadanya sebagai punca ranking Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2021 Malaysia merudum.

Menerusi hantaran di Facebook, Najib bingkas menafikan dakwaan pembangkang yang cuba mengaitkan dirinya dan Barisan Nasional (BN) menyebabkan Malaysia jatuh ke ranking 62 CPI.

“Saya percaya geng sebelah sana akan cuba mengaitkan penurunan skor Indeks Persepsi Rasuah untuk dua tahun berturut bagi tahun 2020/2021 dengan BN atau Najib biarpun Najib bukan PM sejak empat tahun lalu.

“Kedudukan kita sekarang paling rendah dalam sejarah, lagi rendah berbanding sebelum PRU14,” katanya.

Pada masa sama Najib menyindir veteran DAP, Lim Kit Siang yang mendesak Kabinet mengadakan mesyuarat berikutan kedudukan ranking rendah Malaysia dalam CPI.

Menerusi hantaran itu, Najib memaparkan rentetan kes rasuah melibatkan beberapa pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kes-kes rasuah yang melibatkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; bekas Setiausaha Politik dan anak Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Sulit Mohamadin Ketapi dan isteri kepada Guan Eng sendiri.

“Jadi apa yang berlaku dalam dua tahun tersebut? Satu persatu bekas menteri dan pegawai sebelah sana dikaitkan dan didakwa kes rasuah.

“Kes-kes rasuah melibatkan mereka turut digugur, ditarik balik atau tidak didakwa termasuk laporan polis RCI bagi skandal Forex BNM RM33b masa mereka memerintah pula.

“Jangan buat-buat lupa ya,” katanya. – Malaysiapost

Tiada ulasan: