lau-e1641218723251
Priscilla Lau

SIBU – Setiausaha Agung Parti Bumi Kenyalang (PBK) Priscilla Lau hari ini hadir di Balai Polis Sentral di sini untuk memberi keterangan mengenai beberapa video yang dimuat naik di Internet berhubung hak Sarawak untuk kemerdekaan.

Beliau yang hadir di balai polis berkenaan bersama abangnya, mengaku bahawa beliau telah memuat naik video berkenaan, namun menurutnya ia tidak mengandungi sebarang unsur hasutan.