HALAMAN SANTAI

Ahad, 23 Januari 2022

Timbalan Ketua MIC Bahagian Tapah maut kereta masuk parit

BERNAMA

parit lelaki air parang ketum 350 tahanan beg dadah ganja bayi kepala kereta bahaya rusuhan saman mengamuk dipukul bertubi-tubi sindiket pelaburan pusat jagaan rakan ipar OCS rokok bomoh wanita polis bilik hubungan intim

TIMBALAN Ketua MIC Bahagian Tapah, D Sivabalan maut selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam parit di Km 53 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Tapah, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan berlaku pada kira-kira 12.45 tengah malam dan menyebabkan Sivabalan, 50, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa (Sivabalan) yang memandu kereta jenis Proton Iswara memasuki laluan bertentangan dan melanggar sebuah kereta jenis Proton Exora dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun.

“Kereta mangsa kemudian terbabas ke dalam parit di sebelah kanan jalan menuju ke arah Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azharuddin berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat manakala pemandu Proton Exora tidak mengalami kecederaan. – BERNAMA

Tiada ulasan: